.

Saturday 26 January 2013

Bunga Orkid Hutan ( Bulbophyllum purpurecense )



Harga : RM1026.99 per poli

Nama Saintifik :  Bulbophyllum purpurecense

Famili : Tidak diketahui

Tempoh Untuk Membesar : 1 Tahun


Deskripsi : Bunga Orkid liar dari hutan dipercayai lebih mahal dari Bunga Orkid biasa. Hal ini kerana, struktur dan warna bunga yang di hasilkan adalah bervariasi dan pelbagai.

 Emak saya pun sangat sukakannye. Orkid liar ini adalah lebih tahan lasak dari bunga orkid biasa.  Ianya adalah sangat cantik dan  dapat memikat hati wanita yang melihatnya. 


Jika berminat, sial hubungi saya di 013-8075786......

Friday 25 January 2013

Anak Benih Pokok Candan Berbulu ( Aquilaria Hirta )




Aquilaria Hirta
Harga : RM20.00 per poli

Nama Saintifik : Aquilaria Hirta

Famili : Thymelaeaceae

Tempoh Untuk Membesar : 4 Tahun


Deskripsi : Pokok ini merupakan salah satu dari spesies- spesies pokok gaharu yang terdapat di Malaysia. Minyak daripada teras gaharu dari pokok ini turut digunakan untuk membuat minyak wangi dan ubat-ubatan sama seperti pokok gaharu dari spesies Aquilaria Malaccensis dan lain-lain. Teras gaharu dari spesies ini selalu di cari oleh pembeli dari Arab Saudi. Dikatakan, harga teras gaharu dari spesies ini adalah lebih mahal dari spesies-spesies lain. Harganya dikatakan boleh mencecah sehingga RM70,000.00 per kilo. Spesies ini amat sukar ditemui di Malaysia dan hanya segelintar tempat sahaja yang terdapatnya spesies ini. Pokok ini boleh diinokulasi selepas mencapai tahap kematangannya iaitu 5 tahun. Sama seperti pokok gaharu karas, spesies ini tidak memerlukan penjagaan yang rapi. Ianya boleh hidup subur asalkan tempat yang ditanam itu tidak terlalu berair dan tidak terlalu terdedah kepada cahaya matahari.





Jika berminat, sila hubungi saya di 013-8075786

Anak Benih Pokok Cengkih ( Eugenia caryohyllus )




Harga : RM30.00 per poli

Nama Saintifik :  Eugenia caryohyllus 

Famili : Myrtaceae

Tempoh Untuk Membesar : 5 Tahun

Deskripsi : Cengkih juga dipanggil sebagai Cloves ( Inggeris ), Grampoo; lavangam ; Lavang ; Lavangalu ; Krabu ; ( India ) , dinh hurong ( Vietnam ), ding heung ( China ), ley-nyin-bwing ( Myanmar ), gahn plu ( Thailand ), clou de girolfe ( Perancis ), Gewuzenelke ( german ) dan chiodo di garofano ( Itali ).Cengkih adalah sejenis tumbuhan rempah ratus  yang terkenal semenjak zaman dahulu kala sehinggakan orang-orang Eropah menjejaki kawasan Asia bagi mendapatkannya. Cengkih dipercayai berasal dari Mollucas, Indonesia dan kini ditanam di Brazil , West Indies, Zanzibar, Tanzania, Madagascar, India dan Sri Lanka.




Jika berminat, sila hubungi saya di 013-8075786....

Anak Benih Pokok Kayu Manis ( Cinnamomum Zeylanicum )



Harga : RM55.00 per poli

Nama Saintifik : Cinnamomum Zeylanicum

Famili : Lauraceae

Tempoh Untuk Membesar : 4 Tahun

Deskripsi : Kulit dari pokok ini sangat berguna untuk masakan. Ia digunakan sebagai rempah untuk melazatkan lagi makanan. Tumbuhan ini sebenarnya berasal dari Sri Lanka dan Selatan India dan kini merebak ke seluruh dunia. Tumbuhan ini senang untuk dijumpai di kawasan beriklim tropika. Pokok Kayu Manis merupakan tumbuhan renek, berkayu, bercabang dan mampu tumbuh sehingga 7-15 meter tinggi dan hidup meliar di dalam hutan. Dengan sentiasa membuat cantasan dan amalan agronomi, biasanya ketinggian pokok sekitar 2 meter sahaja untuk tujuan komersil. Tumbuhan ini sangat sesuai tumbuh dan hidup di atas tanah pasir putih kerana hasilnya lebih berkualiti jika dibandingkan dengan tanah laterit seperti kajian di Sri Lanka.

Jika berminat, sila hubungi saya di 013-8075786....

Anak Benih Pokok Kemenyan ( Styrax benzoin Dryand )





Harga : RM10.00 per poli

Nama Saintifik : Styrax benzoin Dryand

Famili : Styracaceae

Tempoh Untuk Membesar : 3 Tahun

Deskripsi : Pokok Kemenyan turut dikenali sebagai Benzoin Resin dalam bahasa Inggeris. Kemenyan adalah sejenis getah yang dihasilkan oleh pohon kemenyan ( Styrax spp ). Pokok Kemenyan berdaun tunggal, tersusun spiral, dan ujungnya meruncing. Buah Kemenyan berbentuk bulat, dan lonjong ( agak gepeng ) dan di dalamnya terdapat biji bewarna coklat. Tempat tumbuh tanaman Kemenyan bervariasi, mulai dari dataran rendah sampai dataran tinggi, iaitu pada ketinggian tempat 60-2100 m dari permukaan laut ( dpl).

Jika berminat, sila hubungi saya di 013-8075786....

Anak Benih Pokok Cendana ( Santalum album L )





Harga : RM9.00 per poli

Nama Saintifik : Santalum album L

Famili : Santalaceae 


Tempoh  Untuk Membesar : 4 Tahun

Deskripsi : Seperti teras gaharu , teras cendana juga digunakan untuk membuat minyak wangi dan ubatan. Ia adalah tumbuhan yang tumbuh melata di hutan hujan tropika. Tumbuhan ini sangat sesuai ditanam di kawasan yang berangin dan kering serta mempunyai pencahayaan yang cukup. Keadaan cuaca juga mempengaruhi tahap pembentukkan minyak dan aromanya. Jika terlalu terdedah dengan cahaya matahari yang berlebihan, tumbuhan ini akan menjadi mudah untuk layu. Tanaman ini juga sesuai ditanam dikawasan yang berbatu dan tidak memerlukan perhatian yang rapi.

Jika berminat, sila hubungi saya di 013-8075786....

Anak Benih Pokok Gaharu Karas ( Aquilaria Malaccensis )



Aquilaria Malaccensis
Harga : RM15.00 per poli

Nama Saintifik : Aquilaria Malaccensis

Famili : Thymelaeaceae

Tempoh Untuk Membesar : 5 Tahun


Deskripsi : Pokok ini juga dikenali sebagai Depu. Minyak daripada teras gaharu dari pokok ini boleh digunakan untuk membuat minyak wangi dan ubat-ubatan. Pembeli teras gaharu dari Arab Saudi gemar membeli teras dari pokok spesies ini. Hal ini kerana,  spesies ini dicari-cari oleh pembeli kerana baunya yang harum unik. Pokok ini boleh diinokulasi selepas umurnya mencecah 5 tahun. Spesies ini bukan sahaja tahan dan lasak serta sesuai dengan cuaca setempat. Penanaman pokok ini juga tidak memerlukan perhatian rapi asalkan tempat yang ditanam itu tidak terlalu berair dan redup.




Jika berminat, sila hubungi saya di 013-8075786....