.

Friday 25 January 2013

Anak Benih Pokok Candan Berbulu ( Aquilaria Hirta )




Aquilaria Hirta
Harga : RM20.00 per poli

Nama Saintifik : Aquilaria Hirta

Famili : Thymelaeaceae

Tempoh Untuk Membesar : 4 Tahun


Deskripsi : Pokok ini merupakan salah satu dari spesies- spesies pokok gaharu yang terdapat di Malaysia. Minyak daripada teras gaharu dari pokok ini turut digunakan untuk membuat minyak wangi dan ubat-ubatan sama seperti pokok gaharu dari spesies Aquilaria Malaccensis dan lain-lain. Teras gaharu dari spesies ini selalu di cari oleh pembeli dari Arab Saudi. Dikatakan, harga teras gaharu dari spesies ini adalah lebih mahal dari spesies-spesies lain. Harganya dikatakan boleh mencecah sehingga RM70,000.00 per kilo. Spesies ini amat sukar ditemui di Malaysia dan hanya segelintar tempat sahaja yang terdapatnya spesies ini. Pokok ini boleh diinokulasi selepas mencapai tahap kematangannya iaitu 5 tahun. Sama seperti pokok gaharu karas, spesies ini tidak memerlukan penjagaan yang rapi. Ianya boleh hidup subur asalkan tempat yang ditanam itu tidak terlalu berair dan tidak terlalu terdedah kepada cahaya matahari.





Jika berminat, sila hubungi saya di 013-8075786

1 comment:

  1. mana lokasi saudara. boleh buat penghantaran pos untuk anak pokok candan tu.

    ReplyDelete